[Palestinia] Kajian Penderitaan Wanita Muslim

October 30, 2007 · Leave a Comment

mood : cry.gif

Kaunselor Misi Pemerhati Tetap Palestin ke Persatuan Bangsa-bangsa
Bersatu, Nadya Rasheed, membentangkan kepada PBB pada Rabu lalu satu
kajian mendalam berkenaan situasi yang dihadapi oleh wanita-wanita
Palestin yang hidup di bawah pendudukan Israel.

Kenyataannya adalah berdasarkan kepada satu perbahasan Jawatankuasa
Sosial, Budaya dan Kemanusiaan Perhimpunan Agung PBB yang
membincangkan dalam agendanya berkenaan Kemajuan wanita.
Rasheed berkata sepanjang enam tahun, kesemua sektor masyarakat
Palestin di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul
Maqdis Timur, telah mengalami penderitaan akibat daripada tindakan
kejam yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Israel.

Beliau menyatakan bahawa mana-mana siasatan atau analisa berkaitan
keganasan terhadap penduduk Palestin akan mendedahkan satu situasi
menjijikkan di mana hak-hak kemanusiaan mereka ditindas dan
dilanggari dengan begitu serius oleh kuasa pendudukan tersebut,
memijak maruah mereka dan mengawal hampir setiap aspek dalam
kehidupan mereka.

Sepanjang waktu ini, Kuasa pendudukan tersebut terus menerus
membunuh, mencedera dan melukakan penduduk awam Palestin,
termasuklah wanita dan kanak-kanak, memusnahkan rumah-rumah, harta
benda, infrastruktur penting dan kawasan tanaman, merampas tanah,
membina tembok pemisah, membina dan memperkembangkan penempatan-
penempatan dan memintas jalan-jalan, beliau berkata, menangkap,
menahan dan memenjarakan beribu-ribu penduduk Palestin, dan
menyebabkan kemerosotan yang lebih dahsyat kepada keadaan ekonomi
dan sosial penduduk Palestin yang sememangnya sudah teruk dengan
menambahkan lagi bebanan sekatan ke atas pergerakan, termasuk
bantuan perubatan dan kemanusiaan, di seluruh jajahan Palestin yang
diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur.

Rasheed menekankan bahawa tiada satu hari mahupun satu minit berlalu
ketika mana Israel, kuasa yang menduduki Palestin, tidak dengan
sengajanya terlibat di dalam pelanggaran undang-undang kemanusiaan
dan hak-hak asasi manusia di jajahan Palestin yang diduduki,
terutamanya di Semenanjung Gaza.
Kaunselor Rasheed memberitahu bahawa wanita Palestin telah
menanggung keperitan sebenar polisi haram Israel dan dengan itu
realiti seterusnya bagi mereka adalah merupakan serangan ke atas
gangguan dan penghinaan, keganasan dan ketakutan, dan hukuman dan
diskirminasi yang kejam ddan berterusan.

Akibat daripada beberapa pelanggaran hak-hak asasi manusia yang
disebutkan di atas, misalnya pemusnahan rumah, wanita yang secara
tradisionalnya adalah tenaga utama di rumah, menjaga anak-anak dan
menguruskan urusan domestik di dalam rumah, tiba-tiba mendapati
bahawa pusat kehidupan mereka selama ini diambil dari mereka,”
beliau menekankan.

Rasheed mendedahkan lagi bahawa wanita Palestin mendapati mereka
sendiri bergantung kepada kebajikan daripada saudara-mara atau
organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk menyediakan makanan dan
tempat berlindung untuk anak-anak mereka.

Beliau turut memaklumkan kepada semua akan situasi kehidupan
penduduk Palestin berkenaan sekatan pergerakan dan barang-barang
Palestin, termasuklah pembebanan lebih daripada 600 unit kawalan di
seluruh jajahan Palestin yang diduduki, telah melumpuhkan ekonomi
Palestin, mengakibatkan kampung-kampung dan bandar menjadi seperti
penjara yang terasing.

Sekatan sebegini bukan sahaja telah menjadikan mereka seumpama
tahanan, malah telah menyebabkan banyak kematian para wanita dan
kanak-kanak Palestin. Satu daripada kesan sekatan ini yang sangat
mengerikan ke atas wanita Palestin: wanita-wanita mengandung dipaksa
melahirkan anak di unit-unit kawalan tentera, kata beliau.

Rasheed menekankan bahawa wanita Palestin berhadapan dengan keadaan
yang amat teruk, seringkali terpaksa bersalin di dalam kereta atau
sebagaimana yang pernah diberitahu oleh seorang wanita Palestin,
“Di dalam semak, bersama debu-debu, tidak ubah seperti seekor
binatang.Sejak September 2006, sekurang-kurangnya 69 wanita Palestin
telah mengalami keadaan yang dahsyat ini.

Banyak para ibu dan anak-anak mereka menderita akibat daripada
komplikasi, termasuk kematian. Sebagai tambahan, kesan psikologikal
ke atas wanita Palestin tidak wajar dipinggirkan, kerana kisah dan
pengalaman traumatik yang dialami oleh wanita mengandung yang
melalui unit-unit kawalan adalah diketahui ramai,” katanya lagi.

Kaunselor Rasheed mengesahkan bahawa setiap kali kuasa Israel
bertindak sedemikian terhadap seorang wanita mengandung, ianya
adalah satu kesalahan undang-undang antarabangsa kerana tindakan
yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini sangat bertentangan
dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang telah digubal di
dalam Konvensyen Geneva Keempat dan Peraturan The Hague, yang boleh
digunakan untuk jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul
Maqdis Timur, dan yang juga merupakan satu obligasi kepada Israel
selaku kuasa yang menjajah.

Categories: Seleksi

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment